Tuesday, 21 November 2017

Dermags Premium Grade



Premium. 

Maknanya kualiti yang terbaik. Nilai yang tinggi. Kalau pergi premium outlets, tengoklah brand-brand terkemuka dengan harga yang boleh 'membulatkan' mata kita.
.
Begitu juga dengan Dermags. 

 .
Termasuk dalam kategori premium grade. Jadi harganya berpadananlah dengan kualitinya. Malah jauh lebih jimat berbanding produk premium lain.
.

Anda peminat barangan premium? Maka Dermags adalah padanan yang sesuai untuk citarasa anda.
.
Anda akan mendapat kualiti yang hebat dengan harga yang hebat.

.
DERMAGS, value for money.

Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut:



https://wasap.my/60199444816

Sunday, 19 November 2017

Dermags BB Cushion mengandungi SPF 50 PA+++




Apa itu PA+++?
.
Senang cerita kalau SPF untuk melindungi dari sinar UVB manakala PA+++ untuk melindungi dari sinar UVA.
.
UVA selain boleh merosakkan sel DNA dan juga meningkatkan risiko kanser kulit, ia juga akan mempercepatkan proses penuaan!
.
Sunscreen yang mengandungi kedua-dua perlindungan dari UVA dan UVB ini pula dikenali sebagai "broad spectrum".
.
Sebab itu sekarang bila orang cari sunscreen mereka akan prefer yang ada broad spectrum.
.
Berbalik kepada Dermags BB Cushion, ia bukan sahaja mengandungi SPF dan PA+++ yang boleh melindungi dari kedua-dua sinar, tetapi lagi istimewa ia menjadikan kulit anda glowing dan berseri semulajadi 😍😍


 
.
Hubungi sekarang untuk maklumat lanjut:
.
https://wasap.my/60199444816
https://wasap.my/60199444816
https://wasap.my/60199444816

Monday, 13 November 2017

Apa itu SPF



Apa itu SPF 
.
SPF adalah singkatan kepada Sun Protection Factor. 
.
Selalunya secara ringkasnya kita faham SPF ni merujuk kepada lama mana seseorang boleh berada di bawah sinar cahaya matahari (spesifically UVB) sebelum berlakunya sunburn.
.
Maknanya dengan adanya SPF dapat membantu menambahkan masa perlindungan kepada kulit kita.
.
Contoh, sekiranya kita menggunakan sunscreen yg mengandungi SPF 30 maka kita akan mendapat 30 kali ganda masa perlindungan.
.
Kulit kita pula cuma boleh bertahan dalam tempoh yang singkat sahaja tanpa bantuan sunscreen. Tempoh masa juga berbeza bagi setiap orang.

Contoh, andai kata kulit saya cuma mampu bertahan selama 2 minit sahaja di bawah sinar matahari sebelum berlakunya sunburn.  Kemudian saya menggunakan SPF 30 untuk perlindungan. Maka saya akan mendapat masa perlindungan tambahan sebanyak 60 minit (30x2). 
.
Tapi klu ikut US Food and Drugs Administration (FDA) lebih tepatnya ia merujuk kepada jumlah sinar matahari tersebut yang kita terdedah dan bukannya lama mana kita terdedah. 
.
Amount ini juga boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor . Antaranya sekuat mana sinar UV itu sendiri. Maknanya, jumlah sinar yg kita terdedah mungkin boleh sama sahaja walau pada waktu dan masa yg berbeza.
.
Contoh, amount UV selama satu jam pd pukul 9 pagi = 15 minit pada 1 tengahari.
.
Walau bagaimana pun, dengan adanya SPF ia membantu memberikan perlindungan kepada kulit kita dari sinar UV yang merbahaya terutamanya UVB.
.
UVB boleh merosakkan sel DNA dan merupakan penyebab utama sunburn. Ia juga boleh menjadi penyebab kepada kanser kulit.

Sunday, 12 November 2017

Review Product


 Trial pack kini telah digantikan dengan travel pack yg lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana

Jujur saya katakan selama ini saya tidak pernah kisah tentang penjagaan kulit wajah. Tapi setelah mengenali Dermags, persepsi saya mula berubah. Saya pernah ada pengalaman kulit menjadi gatal-gatal akibat terdedah terlalu lama pada sinar UV tanpa protection yang sepatutnya. Waktu itu saya berada di luar Malaysia. Azabnya hanya Allah sahaja yang tahu. Sampai pedih-pedih dan luka-luka akibat menggaru. Itu adalah kerana kesilapan sendiri yang tidak memahami keperluan perlindungan pada kulit dan cara yang betul menggunakannya.
.
Kenapa saya memilih Dermags? Sebab yang paling utama adalah kerana saya merasa yakin dengan produk ini sendiri. Ia adalah produk yang hebat. Mungkin akan ada yang berkata, saya ni ‘keluarga UTM’ mestilah sokong produk UTM. Itu tidak saya nafikan tapi yang lebih utamanya adalah kualiti produk itu sendiri yang menarik minat saya. Bila saya baca bagaimana permulaan perjalanan produk ini, ia membuat saya teruja. Dermags adalah merupakan projek PhD Dr. Mariani. Beliau mendapat biasiswa penuh daripada Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Dongguk. Diselia pula oleh pakar kosmetik di Korea iaitu Professor Park Chan Cheo. Wah, bukan calang-calang yer. Dan Dr. Mariani telah berjaya sekali gus ‘melahirkan’ Dermags.
.
Saya teringat ucapan Dr. Mariani yang beliau telah membawa berbelas sample untuk kajian beliau ini ke Korea. Dan salah satunya adalah dari kulit manggis. Di sinilah terbongkarnya kehebatan Alpha Mangosteen (ekstrak kulit manggis). Ia lebih berkesan 200% berbanding agen pencerah lain seperti arbutin (bearberry) dan kojic acid (cendawan). Menggunakan pula teknologi nano iaitu teknologi yang sangat halus menjadikan ia bahan penyerapan dan ejen penambahbaikan kulit yg terbaik.
.
Set rangkaian penjagaan kulit Dermags adalah terdiri daripada:
Dermags Intensive Brightening Cleanser (RM 59)
Dermags Intensive Brightening Softener (RM59)
Dermags Intensive Brightening Serum (RM 159)
Dermgas Intensive Refining Cream (RM 79)
Dermags Intensive Hydrating Moisturiser (RM 59)
Dermags BB Cushion SPF50 PA+++ (RM 109)
.
Kalau dilihat pada harganya mungkin bagi sesetengah orang akan berkata mahal, tetapi sebenarnya penggunaannya boleh bertahan selama 2 atau 3 bulan. Jadi, ia sebenarnya tidaklah semahal mana berbanding produk premium lain di pasaran.
...
Pengalaman pertama menggunakan Trial Set Dermags

Cleanser.
Kulit terasa licin dan sangat bersih. Rasa lembut dan fresh. Hilang segala minyak di wajah dan tiada lagi rasa melekit. Bau juga sangat menyenangkan.
.
Softener.
Ini yang paling saya suka. Dengan hanya menggunakan jari-jari dan menyapu sekitar wajah, kulit terasa sejuk, nyaman dan segar. Ia seperti satu senyuman pada wajah.
.
Serum.
Serum Dermags adalah item yang paling istimewa sekali. Ia ibarat ‘makanan’ tambahan bagi kulit. Kalau sapu pada jerawat, ia akan beransur kecut. Begitu juga dengan blackhead, sekiranya digunakan secara konsisten, ia lama kelamaan akan pudar dan menghilang. Baunya juga sungguh menyenangkan sehinggakan anak kecil saya pun menyukainya. Ini kerana produk Dermags menggunakan wangian dari essential oil, ia natural based campuran dari bunga-bunga terpilih.
.
Refining Cream
Saya suka dengan cream ini. Ia hanya digunakan pada waktu siang sahaja. Mengandungi SPF 30 untuk perlindungan dari UV. Krim ini ringan dan tidak melekit. Mudah disapu dan tidak kesat serta mudah diratakan. Sejurus dipakai kulit kelihatan cerah dan gebu.
.
Anda boleh juga menggunakan moisturiser sekiranya menghadapi masalah kulit kering dan untuk menambahkan kelembapan pd kulit wajah.
.
Untuk perlindungan maksima dari sinar UVA dan UVB, anda boleh menggunakan BB Cushion SPF50 PA+++. Ia bukan sahaja untuk mencerahkan wajah dan anti penuaan tetapi juga bersifat melindung dan merawat kulit wajah. Anti penuaan ini bukanlah bermakna anda menentang fitrah dari menjadi tua tetapi ia membantu mengelakkan anda dari menjadi tua sebelum waktunya. Atau dalam bahasa mudahnya elak nampak lebih tua dari usia sebenar!
.
Kekuatan Produk Dermags
.
√ Lulus KKM
√ Anti Penuaan
√ Kesan Pencerahan
√ Kesan pelembapan
√ Bahan-bahan semulajadi
√ Penggunaan Teknologi Nano
√ Bebas alkohol
√ Ujian In-vitro
√ Bebas dari paraben dan minyak mineral
√ Halal - Bebas dari placenta haiwan
√ Isi kandungan (bahan-bahan) yang tidak mencemarkan alam
√ Pengiktirafan antarabangsa dan tempatan
√ Sokongan kerajaan dengan pemberian geran bernilai jutaan ringgit
√ Telah dipatenkan
.
Ketahuilah pengguna Dermags kini ramai dari kalangan professional. Ada Dr. Dan Professor, professional pengurusan dan sebagainya. Mereka yakin dengan Dermags kerana ia selamat dan satu-satunya di dunia menggunakan Alpha Mangosteen!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...