Tuesday, 27 March 2018

Tempoh Bertenang Untuk Pengguna Dermags

Tempoh bertenang merupakan satu tempoh iaitu pengguna menghentikan penggunaan produk terdahulu sebelum mencuba produk baru.  Ada juga yang memanggil tempoh bertenang ini sebagai cooling time, detox time dan rest time untuk kulit. Bagaimana pon, tujuannya adalah sama sahaja iaitu membebaskan kulit wajah dari penggunaan sesuatu produk dan melihat kesan selepasnya.

Sebelum mencuba sesuatu produk baru, adalah amat penting kulit wajah kita melalui tempoh bertenang kerana kita dapat melihat kesan penggunaan produk terdahulu sama ada kekal tanpa reaction atau mengalami breakout dan sebagainya.  Ini penting untuk mengelakkan kekeliruan dengan reaction penggunaan produk yang baru.

Untuk pengguna baru produk Dermags disarankan tempoh bertenang selama 1-2 bulan.  Tempoh bertenang mungkin dilanjutkan sekiranya pengguna pernah menggunakan produk mengandungi bahan kimia merbahaya seperti merkuri, hidrokuinon, tretinion dan lain-lain.

Bagi pengguna produk natural pula disarankan tempoh bertenang selama 1-2 minggu sebelum menggunakan Dermags.

Boleh lihat penerangan lanjut tentang tempoh bertenang melalui video oleh Dr. Mariani di bawah ini.





Monday, 26 March 2018

Throwback - Geran SUPERB Dari TERAJU





Pada Ogos 2016, Dr. Mariani (Dermags) telah menjadi salah seorang pemenang (top 10) di antara beribu penyertaan untuk Geran Pembangunan Perniagaan, Skim  Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) yang bernilai RM 500,000.

Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) oleh TERAJU ini menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat start-up dengan dana sebanyak RM100 juta. Sehingga Januari 2018, sebanyak RM79.79 juta dana SUPERB telah diluluskan.  Program ini dibuka kepada Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang daripada 3 tahun.  Pemilihan usahawan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing. - SUPERB - TERAJU

Kejayaan mendapatkan geran tersebut membantu Dermags melangkah lebih maju ke hadapan.








Kredit to  Facebook Dr. Mariani




Saturday, 24 March 2018

HQ dan Kilang Dermags di UTM, Skudai, Johor




Alhamdulillah, Dermags semakin membangun kini.  Hasil sokongan anda pelanggan Dermags yang setia, yakin dan percaya dengan Dermags.

Kini, Dermags menambah-baik bahagian production (kilang) dengan mesin baru dan pejabat baru di HQ yang bertempat di UTM Skudai, Johor.

Semoga dengan penambaikan ini menjadikan Dermags bertambah baik dan maju seterusnya membantu para wanita untuk menyelesaikan masalah kulit dan memiliki kulit cantik sepanjang hayat, InshaAllah.

"Dermags Skin Solution, Cantik Sepanjang Hayat"












 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...