Tuesday, 26 November 2019
UTM lancar 'Dermags Scar Corrector Serum' untuk kurang kesan parut wajah
JOHOR BAHRU, 20 Nov -- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini melancarkan produk Dermags Scar Corrector Serum dengan AndroEX, hasil kajian pensyarah kanan Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga, Fakulti Kejuruteraan universiti berkenaan, Dr Mariani Abdul Hamid.
Produk dihasil dan dikomersialkan anak syarikat hiliran UTM, Biopro Cosmeceutical Sdn Bhd itu merupakan serum rawatan wajah berkepekatan tinggi, bebas minyak serta dirumus khas untuk mengurangkan kesan parut dan tona kulit tidak sekata.
Mariani yang juga Pengarah Urusan Biopro Cosmeceutical berkata Dermags Scar Corrector Serum dengan AndroEX tersebut merupakan produk kosmetik pertama menggunakan teknologi ‘nanoemulgel’ yang berfungsi dalam meningkatkann kadar penyerapan bahan aktif ke dalam kulit.
“Serum ini diformulasi dengan AndroEX yang merupakan bahan aktif penting yang dipaten di bawah UTM daripada ekstrak daun pokok hempedu bumi.
“Kombinasi teknologi nanoemulgel dan ekstrak daun hempedu bumi mampu menghasilkan kebolehserapan tinggi dengan kesan penyembuhan luka dan pemulihan parut yang lebih efektif pada wajah,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran produk berkenaan oleh Naib Canselor UTM Prof Datuk Ir Wahid Omar, di UTM, hari ini.
Mengulas lanjut, Mariani berkata penyelidikan penghasilan serum tersebut dibuat ketika beliau melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Dongguk, Seoul, Korea Selatan pada 2009 sebelum penyelidikan lanjut diteruskan pada 2012 sejurus beliau pulang ke negara ini.
Menurutnya, hasil ciptaan berkenaan berjaya memenangi beberapa pingat antaranya dua pingat emas bagi ‘Most Commercial Ready Product’ dan ‘Most Innovative Product’ serta finalis bagi ‘Produk Paling Komersial’ sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2018.
Mariani berkata Dermags Skin Corrector Serum dengan AndroEX itu akan berada di pasaran pada 1 Dis ini dengan harga RM189.90 sebotol bersaiz 30 ml.
Buat permulaan, sebanyak 1,000 botol produk itu akan dijual menerusi laman web www.dermags.com.my dan 4,000 pengedar sah seluruh negara, katanya.
-- BERNAMA
Dermags AndroEX For Wound Healing & Scar Treatment Menang Anugerah Emas di Bioeconomy Innovation Awards 2017
Pada tahun 2017, Dr. Mariani Abdul Hamid dan pasukan research beliau melalui projek bernama Excellent Skin Repair : AndroEX For Wound Healing & Scar Treatment telah berjaya memenangi beberapa anugerah.
.
Anugerah Bioeconomy Innovation Awards diadakan sempena BioMalaysia exhibition yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia. Ia merupakan pertandingan yang mensasarkan penganugerahan kepada universiti atau insitusi penyelidikan yang membangunkan inovasi cemerlang dalam cabaran teknikal, sosial dan persekitaran. Terdapat 4 kategori utama dalam anugerah tersebut.
.
Tiga anugerah yang dimenangi oleh pasukan yang dipimpin oleh Dr. Mariani adalah:
1) Pingat Emas
untuk Most Innovative Product
di bawah kategori Healthcare & Wellness
2) Pingat Emas
untuk Most Commercial Ready Product
di bawah kategori Healthcare & Wellness
3) Special Award
untuk Most Promising Innovation
~ Special Award adalah diberikan sebagai mewakili 2 produk R&D terbaik di antara produk-produk terbaik yang lain.
Produk ini kini telah diberi nama Dermags Scar Corrector Serum yang akan berada di pasaran pada 1 Disember 2019.
.
Anugerah Bioeconomy Innovation Awards diadakan sempena BioMalaysia exhibition yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia. Ia merupakan pertandingan yang mensasarkan penganugerahan kepada universiti atau insitusi penyelidikan yang membangunkan inovasi cemerlang dalam cabaran teknikal, sosial dan persekitaran. Terdapat 4 kategori utama dalam anugerah tersebut.
.
Tiga anugerah yang dimenangi oleh pasukan yang dipimpin oleh Dr. Mariani adalah:
1) Pingat Emas
untuk Most Innovative Product
di bawah kategori Healthcare & Wellness
2) Pingat Emas
untuk Most Commercial Ready Product
di bawah kategori Healthcare & Wellness
3) Special Award
untuk Most Promising Innovation
~ Special Award adalah diberikan sebagai mewakili 2 produk R&D terbaik di antara produk-produk terbaik yang lain.
![]() |
| Most Innovative Product |
![]() |
| Most Commercial Ready Products |
![]() |
| Most Promising Innovation |
Thursday, 22 August 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Terbaru dari Dermags! . Lipstik yang warnanya berubah mengikut PH kulit. . PH yang rendah, warna akan menjadi terang. PH yang ting...
-
SENARAI HARGA - UPDATE 16/05/2019 Cleanser (50 ml) : RM 64.90 Deep Cleansing Cream : RM 84.90 Softener/Toner (50 ml) : RM64...































