.
SPF adalah singkatan kepada Sun Protection Factor.
.
Selalunya secara ringkasnya kita faham SPF ni merujuk kepada lama mana seseorang boleh berada di bawah sinar cahaya matahari (spesifically UVB) sebelum berlakunya sunburn.
.
Maknanya dengan adanya SPF dapat membantu menambahkan masa perlindungan kepada kulit kita.
.
Contoh, sekiranya kita menggunakan sunscreen yg mengandungi SPF 30 maka kita akan mendapat 30 kali ganda masa perlindungan.
.
Kulit kita pula cuma boleh bertahan dalam tempoh yang singkat sahaja tanpa bantuan sunscreen. Tempoh masa juga berbeza bagi setiap orang.
Contoh, andai kata kulit saya cuma mampu bertahan selama 2 minit sahaja di bawah sinar matahari sebelum berlakunya sunburn. Kemudian saya menggunakan SPF 30 untuk perlindungan. Maka saya akan mendapat masa perlindungan tambahan sebanyak 60 minit (30x2).
.
Tapi klu ikut US Food and Drugs Administration (FDA) lebih tepatnya ia merujuk kepada jumlah sinar matahari tersebut yang kita terdedah dan bukannya lama mana kita terdedah.
.
Amount ini juga boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor . Antaranya sekuat mana sinar UV itu sendiri. Maknanya, jumlah sinar yg kita terdedah mungkin boleh sama sahaja walau pada waktu dan masa yg berbeza.
.
Contoh, amount UV selama satu jam pd pukul 9 pagi = 15 minit pada 1 tengahari.
.
Walau bagaimana pun, dengan adanya SPF ia membantu memberikan perlindungan kepada kulit kita dari sinar UV yang merbahaya terutamanya UVB.
.
UVB boleh merosakkan sel DNA dan merupakan penyebab utama sunburn. Ia juga boleh menjadi penyebab kepada kanser kulit.
No comments:
Post a Comment