Tuesday, 2 January 2018

Air dan Moisturiser Membantu Mengekalkan Kelembapan Kulit




Kebiasaannya rutin harian saya sebelum nak makan atau minum apa-apa pon, saya pastikan minum air kosong terlebih dahulu. Bagus untuk dalaman dan juga luaran. Tapi lebih kurang sejak setahun lalu saya menyedari yang saya kurang minum air kosong. Banyak kali terlupa dan kadang kala tak rasa nak minum air pon. Lately pulak, suka minum air manis...huhu.
.
Sedar tak sedar rupanya dah setahun saya tak peduli tentang kecukupan air kosong pada badan. Kesannya? Jadi cepat lapar, selain kulit pon jadi kering. Bila kulit tak ckup hydrate, apa lagi... garis-garis kedutan pon ketara lah!
.
Pentingnya air pada kulit adalah untuk memberikan kelembapan dan seterusnya mengelakkan dari garis-garis kedutan menjadi ketara. Walau pon air itu tidak menghilangkan kedutan tapi sekurang-kurangnya biarlah tak nampak ketara kan? Hehe...
.
Permukaan kulit kita juga memerlukan kandungan air dan minyak yang balance antara keduanya. Kalau minyak melebihi air maka, akan menyebabkan pori tersumbat seterusnya timbullah jerawat dan noda-noda hitam pada kulit. Tapi walau pon kita minum air yang secukupnya, kita tetap perlu menggunakan moisturiser untuk mengekalkan kelembapan kulit.
.
Istimewa Dermags Hydrating Moisturiser mengandungi pelbagai ekstrak semulajadi seperti akar Ginseng, akar Keladi dan ekstrak Gingko yang berfungsi memberi kelembapan pada kulit dan mengawal kehilangan cecair serta kelembapan kulit. Ekstrak ini juga membentuk perlindungan daripada UV supaya mengawal proses hidrasi berlebihan daripada berlaku. Ia mencerah, melembab, menutrisi dan menghaluskan kulit.
.
Mengenangkan semua ini, nak tak nak kena la kembali on track. Wanita memerlukan lebih kurang 2.2 liter air setiap hari.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...