* Bermula 17 Disember 2017, Beauty Set dan Complete Set telah dibubarkan. Semua produk akan dijual secara loose sahaja.
========================================================================
Buat pelanggan Dermags yang dihormati dan bakal pelanggan Dermags,
.
Bermula pada 1 Febuari 2018, harga produk telah mengalami perubahan. Pihak HQ telah memutuskan untuk menaikkan harga produk disebabkan faktor:
.
Kejatuhan RM
============
.
Disebabkan nilai RM yang jatuh secara konsisten selama beberapa bulan lepas dalam tahun 2017, semua kos barangan yang dibeli dari luar negara telah naik secara mendadak. Ini telah menyebabkan produk dijual pada harga yang hampir dibawah kos.
.
Kenaikan kos mentah
==================
.
Kos bahan mentah juga semakin hari semakin sukar dan semakin mahal. Samada suka ataupun tidak, pihak kami terpaksa juga membeli bahan mentah dari gred yang tertinggi, dan kami tidak boleh mengambil mudah bab ini.
.
Atas dasar mengekalkan kualiti pada standard tertinggi dengan pembelian bahan mentah dari gred yang terbaik sahaja maka, ini telah meningkatkan kos dengan begitu ketara sekali gus meningkatkan harga di pasaran.
.
Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda. Teruskan menyokong Dermags untuk mendapatkan kualiti terbaik dari kami.