Nota ini mungkin sedikit panjang tapi dapat memberikan ilmu yang bermanfaat untuk kita terutama peminat kosmetik. Semoga sedikit sebanyak kita tahu apa yg kita tampal di muka kita.
.
Kelmarin kami di Dermags Consultation group ada membincangkan tentang produk Dermags dan adakah ia mesra wudhu. Sebelum itu, apakah yang kita semua faham dengan mesra wudhu ini? Kalau saya, bila sebut mesra wudhu apa yang tergambar di fikiran saya adalah kosmetik yang digunakan itu mudah ditanggalkan dengan air sahaja dan tanpa memerlukan bantuan make-up remover. Maknanya senang kita cuma basuh dan gosok-gosok dengan air sahaja dan terus boleh berwudhuk. Itu pemahaman saya, pemahaman anda pula mungkin berbeza.
.
Beberapa hari ini baru saya tahu yang bahan dalam kosmetik yang terdiri dari oil dan silicone merupakan bahan yang boleh menghalang air dari sampai ke kulit/anggota wudhuk. Tapi adakah fahaman saya ni tepat? Teruskan membaca.
Salah seorang stokis yang concern tentang isu mesra wudhuk bertanya apakah bahan dalam BB Cushion yang bersifat oily dan bagaimanakah cara terbaik untuk membersihkannya. Adakah perlu menggunakan pencuci atau memadai dengan mengguna wet tissue (facial). Sebenarnya sebelum ini Dr. Mariani sudah ada terangkan cara mencuci BB Cushion di wajah tapi memandangkan isu mesra wudhu ini timbul lagi, jadi penjelasan lebih lanjut diberikan.
.
Maka jelas Dr. Mariani,
“Mostly ingredients dalam ni (BB Cushion) bersifat oil-based. Ada jugak silicon based. Cuma formulation ni tidak terlalu bersifat oil-based kerana kita dah modify rheology menggunakan emulsifier yg bersifat multiple phase supaya final formulation just nice-not to watery & not too oily. Apapun bbc ni perlu dicuci bersih kerana ianya tidak bersifat mesra wuduk kerana mengandungi silicon based.”
.
“Yes, boleh hilang jika guna wet tissue kerana wet tissue memang ada bahan untuk neutralize minyak. Contoh jika tangan kita berminyak (especially selepas makan kari, ayam goreng etc) kita boleh lap dengan wet tissue dan minyak akan hilang. Wet tissue juga boleh menanggalkan kotoran di permukaan muka kecuali kotoran/bahan-bahan yang telah meresap masuk ke dalam pori-pori perlu dibersihkan menggunakan deep cleansing.”
.
“Untuk Dermags, boleh remove bbc & refining cream dengan wet tissue, inshaaAllah ianya sudah memadai untuk memersihkn kotoran di muka supaya air wuduk dapat mengenai/membilas keseluruhan permukaan muka tanpa terhalang oleh bahan-bahan di dalam produk tersebut (sesuai dgn syarat sah wuduk).”
.
“Teknik double cleansing yang saya sarankan sekurang-kurangnya sekali di waktu malam perlu dilakukan untuk membersihkan kotoran yang telah masuk atau terperangkap dalam pori-pori kulit. (Perkara ini sebenarnya berbeza dengan istilah menghalang air dari mengenai permukaan anggota wuduk kerana kotoran ini sebenarnya tidak menghalang kerana ianya telah meresap masuk kedlm lapisan kulit).”
.
Wet tissue yang dimaksudkan di atas adalah facial wet tissue dan bukannya baby wipes/wet tissue. Kedua-duanya mempunyai ingredients yang berbeza.
.
Ulas Dr. Mariani lagi,
“Oil & silicon based memang menghalang air daripada serapan tapi dengan teknologi terkini (macam yang saya explain semasa kursus di KL)-liposome, niosome, solid-lipid-nanoparticle, flexosome, cubosome etc akan membolehkan oil & silicon diserap sepenuhnya tanpa meninggalkan kesan di atas permukaan kulit. Namun tidak semua produk menggunakan teknologi sebegitu. Cuma untuk memberi ulasan yg terperinci mungkin agak sukar memandangkan tidak semua orang akan faham teknologi formulasi produk. Mungkin jika diizinkan Allah untuk kita berkursus lagi saya akan share dengan lebih detail.”
.
Wow! Bagi saya ini memang sangat menarik kerana walau pun oil dan silicon itu boleh menghalang air/wudhuk tetapi ia juga boleh diserap ke dalam lapisan kulit dengan menggunakan teknologi yang disebutkan. Seterusnya menjadikan ia tidak menghalang air/wudhuk lagi.
.
Tapi perlu ke silicon ini diserap ke dalam lapisan kulit kita?
.
Ulas Dr. Mariani,
“Sebab itu bbc & refining cream kita tidak menggunakan nano teknologi. Kita tidak perlukan silicon, bahan-bahan spf etc menyerap masuk ke dalam lapisan kulit. Paling tidak pun mungkin ada sebahagian impurities yag terperangkap dalam pori-pori tetapi masih boleh dibersihkan. Cukup untuk bahan-bahan ini berada di lapisan luar kulit untuk memberi perlindungan terhadap UV dan memelihara kulit daripada radikal bebas.”
.
“Berbeza dengan formulasi serum yang menggunakan teknologi alpha-Mags (niosome). Teknologi ini diperlukan untuk memberi serapan yang tinggi terhadap bahan aktif supaya boleh bertindak terus dengan sel-sel kulit di bahagian stratumn basal bagi membantu proses anti aging, whitening etc. Bahan-bahan aktif ini telah pun diuji tahap efficacy, safety & toxicology supaya tidak memberi merbahaya ke atas sel kulit manusia malahan memberikan manfaat yang berganda jika digunakan.”
.
Jadi apa yang saya faham walau pun sesuatu bahan itu boleh diserap menggunakan teknologi yang disebutkan tetapi adakah bahan itu akan memberi manfaat atau memudaratkan kita. Kerana serapan itu akan terus ke dalam lapisan kulit.
.
Kenali kosmetik anda. Kenali bahan-bahan dan teknologi yang digunakan.
.
Semoga ilmu yang dikongsi ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment