Saturday 7 October 2017

Perjalanan Dermags

Dermags merupakan projek PhD Dr. Mariani Abdul Hamid. Beliau telah melanjutkan pelajaran peringkat kedoktoran di Universiti of Dongguk, Seol, Korea Selatan. Dr. Mariani telah mendapat biasiswa penuh daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan juga Universiti Dongguk.


Di Universiti Dongguk, Dr. Mariani telah diselia oleh PROFESSOR PARK CHANG CHEO iaitu Professor di Jabatan Kimia dan Biologi yang juga merupakan Director of Korean International Cosmetic Research Institute. Beliau merupakan pakar kosmetik terulung di Korea yang terlibat secara langsung dalam mewujudkan jenama-jenama kosmetik gergasi dari Korea yang terbaik di dunia seperti IOPE, LANEIGE, AMORE PACIFIC, HANSKIN, TONY MOLY dan banyak lagi. Seluruh dunia mengiktiraf beliau sebagai genius skincare dan cosmetic sehinggakan beliau sentiasa diminta ke pelbagai konvesyen kosmetik seluruh dunia untuk memberi ucaptama.

Kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) Dr. Mariani bersama Professor Park Chang Cheo berlangsung sepanjang 2009 sehingga 2012 iaitu di mana beliau telah berjaya mendapatkan PhD dalam bidang Kejuruteraan Biokimia (2012).

Perjalanan Dermags diteruskan dengan penghasilan prototype pada 2012. Dan pada tahun 2013 maka bermulanya ‘efficacy study’ di mana keberkesanan dan kebaikan produk telah berjaya dilihat.

Di sini Dermags telah memenangi beberapa anugerah antaranya:






Pemenang Anugerah Perak Seoul International Invention Fair 2013
Pemenang Anugerah Emas ITEX 2013
Pemenang Anugerah Emas INATEX 2012
Pemenang Anugerah Perak Bio Innovation Award 2013

Kejayaan Dr. Mariani ini telah memberi kepercayaan kepada Kerajaan Malaysia dengan menganugerahkan kepada Dr Mariani beberapa geran supaya penyelidikan dapat dijalankan dengan lebih teliti dan hebat.






Geran no PY/2014/04304 - “Prototype Development of Intensive Brightening Serum Containing Alpha-MAGs for Cosmeceutical Application”

Geran no PY/2013/00298 - Isolation and Characterization of Alpha Mangosteen from Mangosteen Pericarp Using Super Critical Carbon Dioxide”

Geran No PY/2013/01053 -The Role of Alpha Mangostin on Cellular and intracellular level of melonin bio-synthesis and tyrosinase activity of B16F1 melanoma cells

Geran No PY/2013/01586 - Optimization and Characterization of Alpha Mangostin Loaded Niosome for Cosmeceutical Application

Seterusnya pada tahun 2014 Dermags mula berada di pasaran.

Sehingga kini Dermags telah mula mendapat kepercayaan masyarakat Malaysia terutama golongan profesional yang mencari produk penjagaan kulit keluaran tempatan yang selamat dan diiktiraf. Seharusnya kita berbangga dengan Dr. Mariani dan team beliau yang telah berjaya menghasilkan Dermags seterusnya mendidik masyarakat menggunakan produk penjagaan kulit wajah yang selamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...