Sebelum mencuba sesuatu produk baru, adalah amat penting kulit wajah kita melalui tempoh bertenang kerana kita dapat melihat kesan penggunaan produk terdahulu sama ada kekal tanpa reaction atau mengalami breakout dan sebagainya. Ini penting untuk mengelakkan kekeliruan dengan reaction penggunaan produk yang baru.
Untuk pengguna baru produk Dermags disarankan tempoh bertenang selama 1-2 bulan. Tempoh bertenang mungkin dilanjutkan sekiranya pengguna pernah menggunakan produk mengandungi bahan kimia merbahaya seperti merkuri, hidrokuinon, tretinion dan lain-lain.
Bagi pengguna produk natural pula disarankan tempoh bertenang selama 1-2 minggu sebelum menggunakan Dermags.
Boleh lihat penerangan lanjut tentang tempoh bertenang melalui video oleh Dr. Mariani di bawah ini.