Tuesday, 27 March 2018

Tempoh Bertenang Untuk Pengguna Dermags

Tempoh bertenang merupakan satu tempoh iaitu pengguna menghentikan penggunaan produk terdahulu sebelum mencuba produk baru.  Ada juga yang memanggil tempoh bertenang ini sebagai cooling time, detox time dan rest time untuk kulit. Bagaimana pon, tujuannya adalah sama sahaja iaitu membebaskan kulit wajah dari penggunaan sesuatu produk dan melihat kesan selepasnya.

Sebelum mencuba sesuatu produk baru, adalah amat penting kulit wajah kita melalui tempoh bertenang kerana kita dapat melihat kesan penggunaan produk terdahulu sama ada kekal tanpa reaction atau mengalami breakout dan sebagainya.  Ini penting untuk mengelakkan kekeliruan dengan reaction penggunaan produk yang baru.

Untuk pengguna baru produk Dermags disarankan tempoh bertenang selama 1-2 bulan.  Tempoh bertenang mungkin dilanjutkan sekiranya pengguna pernah menggunakan produk mengandungi bahan kimia merbahaya seperti merkuri, hidrokuinon, tretinion dan lain-lain.

Bagi pengguna produk natural pula disarankan tempoh bertenang selama 1-2 minggu sebelum menggunakan Dermags.

Boleh lihat penerangan lanjut tentang tempoh bertenang melalui video oleh Dr. Mariani di bawah ini.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...