Throwback Two day hands on 'Personal Care and Color Cosmetic Formulation' yang telah berlangsung pada 27 dan 28 January 2018 di UTM Kuala Lumpur. Kursus di hadiri oleh distributors & agents Dermags, founder produk kecantikan dan mereka yang berminat kepada bidang kosmetik dan skincare.
.
Penceramah adalah Dr. Mariani Abdul Hamid iaitu pengasas Dermags yang juga merupakan Pensyarah Kanan di UTM dan Professor Madya Dr. Azila Abd. Aziz dari Jabatan Kejuruteraan Bioproses Dan Polimer, Fakulti Kejuruteraan Kimia Dan Kejuruteraan Tenaga, UTM.
.
Antara topik-topik yang dibincangkan adalah berkenaan Dermags skincare, bahan-bahan dan trend kosmetik, isu keselamatan dalam kosmetik, formulasi produk kosmetik, isu keselamatan dan pendaftaran sesuatu produk dan banyak lagi. Juga diadakan hands on untuk natural skin care product dan juga cosmetic. Peserta ditunjuk ajar dan membuat sendiri cleanser, toner, serum, moisturiser, lipstik, eye shadow, foundation/primer, blusher.
Pandangan di dalam Dewan Jumaah, UTM tempat berlangsungnya kursus. |
Tentatif program |
Cleanser, toner, serum dan moisturiser yang dibuat dan dibawa pulang oleh setiap peserta. |
Keratan dari video Tv wanita. Boleh lihat video penuh di sini ---> Video Kursus Kosmetik (TV Wanita)
No comments:
Post a Comment