Monday 9 October 2017

Mulakan Perjalanan Anda Dengan Dermags



 
Price : RM59.00
Dermags Intensive Brightening Cleanser


Price : RM 59.00

Dermags Official Website

Inilah cara terbaik, mulakan dengan Dermags Intensive Brightening Cleanser
.

Cleanser kami amat istimewa kerana ia adalah dalam bentuk gel foam. Teksturnya sangat ringan dan halus yang menjadikan ia sesuai untuk semua jenis kulit.
.

Dermags Cleanser membantu membersihkan wajah dengan menyingkirkan segala kotoran yang tersumbat dalam liang pori. Kotoran ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi ia melekat pada kulit yang menyebabkan pori-pori tersumbat.
.

Dermags Cleanser juga dapat mengimbangi lebihan minyak yang terdapat pada kulit dan membantu mencerahkan kulit secara semulajadi.
.

Kulit menjadi lebih sihat, segar, bersih, bersinar dan awet muda.

Saturday 7 October 2017

Perjalanan Dermags

Dermags merupakan projek PhD Dr. Mariani Abdul Hamid. Beliau telah melanjutkan pelajaran peringkat kedoktoran di Universiti of Dongguk, Seol, Korea Selatan. Dr. Mariani telah mendapat biasiswa penuh daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan juga Universiti Dongguk.


Di Universiti Dongguk, Dr. Mariani telah diselia oleh PROFESSOR PARK CHANG CHEO iaitu Professor di Jabatan Kimia dan Biologi yang juga merupakan Director of Korean International Cosmetic Research Institute. Beliau merupakan pakar kosmetik terulung di Korea yang terlibat secara langsung dalam mewujudkan jenama-jenama kosmetik gergasi dari Korea yang terbaik di dunia seperti IOPE, LANEIGE, AMORE PACIFIC, HANSKIN, TONY MOLY dan banyak lagi. Seluruh dunia mengiktiraf beliau sebagai genius skincare dan cosmetic sehinggakan beliau sentiasa diminta ke pelbagai konvesyen kosmetik seluruh dunia untuk memberi ucaptama.

Kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) Dr. Mariani bersama Professor Park Chang Cheo berlangsung sepanjang 2009 sehingga 2012 iaitu di mana beliau telah berjaya mendapatkan PhD dalam bidang Kejuruteraan Biokimia (2012).

Perjalanan Dermags diteruskan dengan penghasilan prototype pada 2012. Dan pada tahun 2013 maka bermulanya ‘efficacy study’ di mana keberkesanan dan kebaikan produk telah berjaya dilihat.

Di sini Dermags telah memenangi beberapa anugerah antaranya:






Pemenang Anugerah Perak Seoul International Invention Fair 2013
Pemenang Anugerah Emas ITEX 2013
Pemenang Anugerah Emas INATEX 2012
Pemenang Anugerah Perak Bio Innovation Award 2013

Kejayaan Dr. Mariani ini telah memberi kepercayaan kepada Kerajaan Malaysia dengan menganugerahkan kepada Dr Mariani beberapa geran supaya penyelidikan dapat dijalankan dengan lebih teliti dan hebat.






Geran no PY/2014/04304 - “Prototype Development of Intensive Brightening Serum Containing Alpha-MAGs for Cosmeceutical Application”

Geran no PY/2013/00298 - Isolation and Characterization of Alpha Mangosteen from Mangosteen Pericarp Using Super Critical Carbon Dioxide”

Geran No PY/2013/01053 -The Role of Alpha Mangostin on Cellular and intracellular level of melonin bio-synthesis and tyrosinase activity of B16F1 melanoma cells

Geran No PY/2013/01586 - Optimization and Characterization of Alpha Mangostin Loaded Niosome for Cosmeceutical Application

Seterusnya pada tahun 2014 Dermags mula berada di pasaran.

Sehingga kini Dermags telah mula mendapat kepercayaan masyarakat Malaysia terutama golongan profesional yang mencari produk penjagaan kulit keluaran tempatan yang selamat dan diiktiraf. Seharusnya kita berbangga dengan Dr. Mariani dan team beliau yang telah berjaya menghasilkan Dermags seterusnya mendidik masyarakat menggunakan produk penjagaan kulit wajah yang selamat.

Siapakah Di Sebalik Kajian Penyelidikan dan Pembangunan Dermags

R&D TEAM :-






Project Leader

Name : Dr. Mariani Binti Abdul Hamid
Position : Senior Lecturer, UTM
Qualification : BSc (Hons) Chemical, M.Sc (Bioprocess Eng), PhD (Biochemical Eng)
Experience : Chemical, Bioprocess & Biochemical Engineering, Cell Culture, Cosmeceutical




Project Team



Name : Prof. Dr. Chang Seo Park
Position : Prof (Department of Chemical & Biological Eng.), Dongguk University, South Korea / Director of Korean International Cosmetics Research Institute
Qualification : BSc (Microbiology), PhD (Biochemical Eng)
Experience : Phytochemicals for cosmeceutical, non-invasive skin analytical methods, Sphingolipid (ceramides and phytosphingosine) production using yeast and application for cosmetics





Name : Prof. Dr. Ramlan Bin Aziz
Position : Director, Institute of Bioproduct Development (IBD), UTM
Qualification : BSc. (Hons) (Chemical Eng.), M.Sc (Chemical Eng)
Experince : Process development and intensification, scaling-up studies, herbal & phytochemical processing, technoentrepreneur development

Friday 6 October 2017

Dermags Menggunakan Teknologi Nano Berasaskan Kulit Manggis (Alpha-Mags Niosome)






Apa itu Teknologi Nano?
.

"Nanotechnology is science, engineering, and technology conducted at the nanoscale, which is about 1 to 100 nanometers."
"Nanoscience and nanotechnology are the study and application of extremely small things and can be used across all the other science fields, such as chemistry, biology, physics, materials science, and engineering."
Sumber : https://www.nano.gov/nanotech-101/what/definition
.

Ini menunjukkan bahawa Teknologi Nano adalah sains, kejuruteraan dan teknologi yang dikendalikan pada skala nano iaitu antara 1 hingga 100 nanometers. Ia adalah satu teknologi yang sangat halus yang boleh digunapakai dalam pelbagai bidang. Kejayaan penggunaan Teknologi Nano dalam bidang kosmetik pula akan menghasilkan produk yang lebih baik.
.

Dermags dengan menggunakan Teknologi Nano yang menggunapakai Alpha-MAGs ( Apha mangostin niosomes) sebagai satu nanocarier dan penetration enhancer. Dengan kata mudahnya, Alpha-Mags ini bertindak sebagai bahan penyerapan dan ejen penambahbaikan kulit. Tugasnya ialah mengembalikan kulit kepada keadaan optimum dan menghalang dari kemerosotan kulit.
.

Lebih hebat lagi ia merupakan satu nanocarier yang bermaksud ia lebih kecil dari saiz sel kulit. Ini membolehkan ia meresap masuk kedalam sel kulit itu sendiri. Ia bukan sekadar merawat kulit, tetapi merawat sel kulit, mengembalikan sel kulit supaya menjadi tip top kembali. Apabila sel tip top, maka kulit memang akan berada dalam keadaan terbaik.

Siapakah Pengasas Dermags








Dermags diasaskan oleh Dr. Mariani Abdul Hamid.

● Beliau merupakan anak kelahiran Sik, Kedah.
● Dilahirkan pada 20 Oktober 1977.
● Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sik, (1984-1989)
● Seterusnya Sekolah Menengah Sultan Badlishah, Kulim (1990-1995).
● Beliau telah mendapat pendidikan tinggi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan lulus Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia pada tahun 2000
● Beliau mendapat Sarjana Kejuruteraan Bioproses, 2007 juga dari UTM
● Beliau mendapat PhD dari University of Dongguk, Korea, 2012 dalam Kejuruteraan Biokimia.
● Merupakan pensyarah kanan di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga, UTM di Jabatan Bioproses dan Polimer
● Beliau merupakan Pengurus di Institut Pembangunan Bioproduk dalam unit komestik dan wangian semenjak 2012 serta menjadi pengasas produk DERMAGs Skin Solution.
● Beliau menghasilkan tidak kurang dari 41 kertas ilmiah dan menerima 23 anugerah serta memegang 7 paten.


Sumber : http://bit.ly/2xUG5Lf

Dermags Diformulasikan Daripada Kulit Manggis




pic by google




Terdapat 11 komponen dalam kulit manggis yang boleh diguna pakai dalam penghasilan kosmetik. Namun ada satu komponen yang sangat istimewa.
Pengasas dan penyelidik produk DERMAGS, Dr. Mariani Abdul Hamid telah menghasilkan satu-satunya produk di dunia yang menggunakan alpha mangostin iaitu salah satu komponan dalam kulit manggis yang berfungsi untuk mencerahkan kulit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...