Tuesday 27 March 2018

Tempoh Bertenang Untuk Pengguna Dermags

Tempoh bertenang merupakan satu tempoh iaitu pengguna menghentikan penggunaan produk terdahulu sebelum mencuba produk baru.  Ada juga yang memanggil tempoh bertenang ini sebagai cooling time, detox time dan rest time untuk kulit. Bagaimana pon, tujuannya adalah sama sahaja iaitu membebaskan kulit wajah dari penggunaan sesuatu produk dan melihat kesan selepasnya.

Sebelum mencuba sesuatu produk baru, adalah amat penting kulit wajah kita melalui tempoh bertenang kerana kita dapat melihat kesan penggunaan produk terdahulu sama ada kekal tanpa reaction atau mengalami breakout dan sebagainya.  Ini penting untuk mengelakkan kekeliruan dengan reaction penggunaan produk yang baru.

Untuk pengguna baru produk Dermags disarankan tempoh bertenang selama 1-2 bulan.  Tempoh bertenang mungkin dilanjutkan sekiranya pengguna pernah menggunakan produk mengandungi bahan kimia merbahaya seperti merkuri, hidrokuinon, tretinion dan lain-lain.

Bagi pengguna produk natural pula disarankan tempoh bertenang selama 1-2 minggu sebelum menggunakan Dermags.

Boleh lihat penerangan lanjut tentang tempoh bertenang melalui video oleh Dr. Mariani di bawah ini.





Monday 26 March 2018

Throwback - Geran SUPERB Dari TERAJU





Pada Ogos 2016, Dr. Mariani (Dermags) telah menjadi salah seorang pemenang (top 10) di antara beribu penyertaan untuk Geran Pembangunan Perniagaan, Skim  Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) yang bernilai RM 500,000.

Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) oleh TERAJU ini menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat start-up dengan dana sebanyak RM100 juta. Sehingga Januari 2018, sebanyak RM79.79 juta dana SUPERB telah diluluskan.  Program ini dibuka kepada Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang daripada 3 tahun.  Pemilihan usahawan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing. - SUPERB - TERAJU

Kejayaan mendapatkan geran tersebut membantu Dermags melangkah lebih maju ke hadapan.








Kredit to  Facebook Dr. Mariani




Saturday 24 March 2018

HQ dan Kilang Dermags di UTM, Skudai, Johor




Alhamdulillah, Dermags semakin membangun kini.  Hasil sokongan anda pelanggan Dermags yang setia, yakin dan percaya dengan Dermags.

Kini, Dermags menambah-baik bahagian production (kilang) dengan mesin baru dan pejabat baru di HQ yang bertempat di UTM Skudai, Johor.

Semoga dengan penambaikan ini menjadikan Dermags bertambah baik dan maju seterusnya membantu para wanita untuk menyelesaikan masalah kulit dan memiliki kulit cantik sepanjang hayat, InshaAllah.

"Dermags Skin Solution, Cantik Sepanjang Hayat"












 




Wednesday 21 March 2018

Consultancy by Dr. Mariani - Bolehkan Jeragat Dihilangkan Sepenuhnya





Soalan :

Masalah jeragat ini boleh dihilangkan sepenuhnya atau tidak? Atau cuma boleh dikurangkan/dipudarkan shj?


Jawapan :

Berdasarkan kajian ke atas sel, slps di rawat dgn alpha mags pigmentation reduce/hilang sepenuhnya. Ini kerana segala ujikaji berada dlm keadaan terkawal, dibekalkan supplement, tidak terdedah dgn sinaran uv etc. Hal ini berbeza dgn realiti kehidupan manusia yg setiap hari terdedah kpd sinaran uv, pola pemakanan yg tidak standardize, stress etc yg menyebabkan adalah mustahil utk jeragat/pigmentasi hilang sepenuhnya. Namun ianya dapat dikurangkan dan dipudarkan dengan disiplin dan cara penjagaan kulit yg betul.

Tuesday 20 March 2018

Dermags BB Cushion - Info, Teknologi dan Penggunaan




Kenapa anda perlu menggunakan Dermags BB Cushion?

Dermags BB Cushion adalah gabungan "skincare" dan solekan kerana ia bukan sahaja menutupi cela pada wajah, malah merawat dan memulihkan kesihatan kulit (mencerah & memelihara kulit dari penuaan akibat photo aging) serta memberi perlindungan maksimum terhadap UV.

Kompak berspan Dermags BB Cushion mengandungi formula yang memberikan perlindungan bahagian luar kulit wajah (SPF 50 PA +++) di samping mengekalkan kelembapan serta bertindak sebagai agen anti penuaan.

Apakah kebaikan Dermags BB Cushion sebagai asas solekan berbanding dengan krim solekan asas yang sedia ada sebelum ini (contohnya krim BB dan CC biasa)?

Dermags BB Cushion jauh lebih ringan berbanding krim CC atau BB biasa. Teksturnya menjadikan sapuan pada wajah lebih sekata walaupun dilakukan secara berulang kali. Muka anda nampak lebih asli dan tidak bertempek!


Tidakkah span menjadi kotor apabila ianya digunakan berulang kali pada wajah dan dicelup semula ke bekas kompak?

Dermags BB Cushion menggunakan span untuk sapuan khas berwarna biru yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi "rubycell", menjadikan ia "antimicrobial" dan "antibacterial". Ianya juga menjadikan 100% serapan cairan BB dapat dipindahkan ke permukaan kulit wajah sewaktu digunakan. Walau bagaimanapun anda boleh mencuci span sapuan anda menggunakan bahan pencuci lembut dan air suam jika perlu. Bekas kompak kami juga adalah dari jenis kedap udara menjadikan kurang risiko pembiakan kuman. (Ini adalah penting kerana gabungan lembap dan gelap boleh menggalakkan pembiakkan kuman).

Bolehkah saya menggunakan berus bedak asas ataupun jari (yang bersih) sahaja selain dari span untuk memakai Dermags BB Cushion?

TIDAK DIGALAKKAN. Span khas bagi sapuan yang disediakan memberikan efek sapuan yang jauh lebih sekata. Ianya tidak sama jika anda menggunakan berus. Jika tidak biasa dengan penggunaan span, mulakan dengan bahagian pipi (permukaan yang lebih luas) kemudian anda boleh lipat sedikit span bagi memudahkan sapuan untuk bahagian yang sukar dicapai seperti di tepi hidung dan penjuru mata.

Bagaimanakah saya boleh menyesuaikan diri dengan penggunaan Dermags BB Cushion secara harian? Perlukah saya membuang lain-lain solekan asas yang saya sering gunakan?

Dermags BB Cushion memberikan lapisan perlindungan UV yang optimum dan pemakaian tampak natural kepada wajah. Teknologi yang digunakan dalam pembuatan span sapuan menjadikan setiap pengambilan atau serapan cairan cukup (tidak berlebihan) apabila disapu pada wajah.

Teknik solekan menggunakan Dermags BB Cushion adalah lebih sesuai bagi solekan ringan, nipis, ringkas serta kelihatan lebih semulajadi namun kelihatan sempurna dgn effect 'glowing'.

Walau bagaimanapun, jika anda lebih gemarkan kepada solekan yang lebih lengkap, atau jika ada jerawat atau tanda cela pada wajah yang memerlukan samaran yang lebih tebal, atau bagi solekan makan malam, anda bolehlah menggunakan 'concealer' sebelum penggunaan BB Cushion.

Monday 19 March 2018

Bengkel Kosmetik dan Kecantikan di UMP

Dr. Mariani dijemput sebagai speaker utama bagi Bengkel Kosmetik dan Kecantikan yang bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Kredit gambar kepada facebook Dr. Mariani :




















Thursday 15 March 2018

Consultancy by Dr. Mariani - Impurities





Soalan :

Kenapa berlaku ruam atau jerawat halus?

Jawapan : 

Apa yang berlaku dikenali sebagai healing crisis, iaitu reaction yang terjadi semasa proses penyembuhan. Sekiranya ada impurities (kotoran) di bawah kulit, DERMAGs akan keluarkan semuanya dalam bentuk jerawat nasi (halus) ini. Setelah keluar segala impurities ini, kulit anda akan menjadi lembut dan licin.
 .
Jerawat nasi ini adalah sel kulit mati, bakteria serta lebihan minyak di bawah pori-pori kulit wajah yang terbentuk seperti benjolan kecil. Bila pori-pori tertutup dengan kotoran (sel kulit mati) atau minyak berlebihan (excessive sebum), kulit akan menjadi infeksi dan cecair putih akan terbentuk. Cecair ini tidak dapat keluar disebabkan pori-pori tersumbat dan akan membeku menjadi pepejal putih. Kadang-kadang kita tak nampak sebab tak ada benjolan yang timbul, jadi kita assumed kulit kita ok. Tapi biasanya keadaan macam ni akan menyebabkan kulit nampak kasar seakan-akan ada open pores.
.
DERMAGs akan mengeluarkan semua biji-biji pepejal putih tersebut. Setelah biji-biji pepejal putih ini keluar, open pores akan semakin tertutup dan kulit anda akan menjadi halus dan lembut.

Throwback - Personal Care And Color Cosmetic Formulation by UTM


Throwback Two day hands on 'Personal Care and Color Cosmetic Formulation' yang telah berlangsung pada 27 dan 28 January 2018 di UTM Kuala Lumpur. Kursus di hadiri oleh distributors & agents Dermags, founder produk kecantikan dan mereka yang berminat kepada bidang kosmetik dan skincare.
.
Penceramah adalah Dr. Mariani Abdul Hamid iaitu pengasas Dermags yang juga merupakan Pensyarah Kanan di UTM dan Professor Madya Dr. Azila Abd. Aziz dari Jabatan Kejuruteraan Bioproses Dan Polimer, Fakulti Kejuruteraan Kimia Dan Kejuruteraan Tenaga, UTM.
.
Antara topik-topik yang dibincangkan adalah berkenaan Dermags skincare, bahan-bahan dan trend kosmetik, isu keselamatan dalam kosmetik, formulasi produk kosmetik, isu keselamatan dan pendaftaran sesuatu produk dan banyak lagi.  Juga diadakan hands on untuk natural skin care product dan juga cosmetic.  Peserta ditunjuk ajar dan membuat sendiri cleanser, toner, serum, moisturiser, lipstik, eye shadow, foundation/primer, blusher.




Pandangan di dalam Dewan Jumaah, UTM tempat berlangsungnya kursus.

Tentatif program

Cleanser, toner, serum dan moisturiser yang dibuat dan dibawa pulang oleh setiap peserta.









Keratan dari video Tv wanita. Boleh lihat video penuh di sini ---> Video Kursus Kosmetik (TV Wanita)

Wednesday 14 March 2018

Consultancy by Dr. Mariani - Kulit Gelap, Berminyak, Sign of Aging


Soalan :

Kulit gelap risau jika guna Dermags jadi terlebih cerah.

Masalah kulit berminyak & dah mula nampak sign of aging.

Jawapan :

Dermags ni sbnrnya membantu cust mencerahkan kulit secara semulajadi, selain utk dptkn kulit yg lebih sihat, anjal, bebas jerawat jeragat. Jika kulit sihat, automatic kulit akn lebih berseri dan tidak kusam. Biasanya bila kulit kita ada sign of aging, kulit akn lebih gelap drp asal tp mungkin kita x perasan. Bila kita gunakn dermags, ianya membantu kulit kembali cerah semulajadi, bukan memutihkan kulit secara paksa melalui proses pengelupasan. Maksudnya kulit x mungkin akn jd putih yg sgt berbeza dgn anggota bdn lainnya.

Consultancy by Dr. Mariani - Marine Extract


Soalan : 

Adakah bahan-bahan dermags mengandungi marine extract?


Jawapan : 

Tidak ada collagen & bhn2 marine extract. Semua bhn2 aktif drp plant based.

Tuesday 13 March 2018

(Video) Testimoni - Kulit Berparut, Sensitif, Jeragat



Puan Aleeza merupakan antara pengguna Dermags yang terawal.  Mempunyai masalah kulit berparut, sensitif dan berjeragat.  Setelah istiqamah menggunakan Dermags, kini Puan Aleeza memiliki kulit yang cantik. Boleh lihat video Puan Aleeza di bawah.






Penerangan Puan Aleeza mengenai pengalaman beliau menggunakan serum Dermags yang membantu menipiskan jeragat beliau.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...