Sunday 26 November 2017

Cara Penggunaan Produk Dermags






Bagaimanakah cara penggunaan produk yang betul?


DERMAGS Intensive Brightening Cleanser:
  
► Basahkan wajah dengan air suam dan pastikan tangan bersih
► Picit sedikit cleanser ke atas telapak tangan. Basahkan dengan air dan buihkan
► Oleskan secara lembut ke serata wajah dengan gerakan memijat selama seminit. ► Bilas dengan menggunakan air sejuk untuk mengecilkan liang pori yang telah terbuka dan memperbaiki peredaran darah pada wajah.
► Keringkan wajah dengan tuala muka yang bersih.

·         Jika tiada air suam dan air sejuk, menggunakan air biasa pon boleh.


DERMAGS Intensive Brightening Skin Softener:

► Letakkan beberapa titis ke atas kapas atau tapak tangan.
► Ratakan secara lembut pada bahagian wajah.
► Tepuk sedikit kawasan muka dengan telapak tangan.
► Biarkan serapan softener sehingga kering.


DERMAGs Intensive Brightening Serum:

► Letakkan beberapa titis antara 3-5 titis serum ke seluruh wajah dan leher.
► Ratakan secara lembut.
► Biarkan serapan serum pada wajah sehingga kering.
► Digalakkan penggunaan 2 kali sehari untuk hasil yang lebih efektif (pagi selepas cuci muka dan malam sebelum tidur)


DERMAGS Intensive Refining Cream

► Calit dan letakkan beberapa dot pada dahi, pipi, hidung dan dagu.
► Sapukan secara nipis pada keseluruhan wajah.Tidak perlu sapu dengan tebal kerana ia akan membuatkan wajah jadi melekit.
► Sekatakan dengan gerakan pusingan ke atas (memijat) pada keseluruhan kulit wajah.
► Digunakan pada siang hari sahaja. Hanya 1 kali sehari sahaja.


DERMAGS BB Cushion SPF50 PA+++

► Sapukan wajah menggunakan puff yang disediakan dan sekatakan pada keseluruhan wajah.


DERMAGS Intensive Hydrating Moisturiser

► Sapukan ke bahagian kulit wajah yang kering.



URUTAN PENGGUNAAN:

SIANG ▬► Cleanser → Skin Softener → Serum → Refining Cream → BB Cushion

MALAM ▬►Cleanser → Skin Softener → Serum

·         Moisturiser digunakan selepas serum. Hanya jika diperlukan.

Tuesday 21 November 2017

Soalan-soalan Lazim / Maklumat Tentang Dermags





1) Produk DERMAGs ini sesuai digunakan oleh pengguna yang mempunyai jenis kulit bagaimana?   

Produk ini sesuai digunakan bagi semua jenis kulit.


2) Adakah produk DERMAGs ini sesuai digunakan bagi kulit berminyak?

Sesuai, tetapi untuk peringkat awal (1 bulan yang pertama), disarankan tidak perlu memakai DerMAGs Intensive Refining Cream.


3) Apakah jenis produk DERMAGs yang sesuai digunakan oleh jenis kulit muka berjeragat?

Semua rangkaian produk DerMAGs sangat sesuai untuk kulit muka berjeragat terutamanya DerMAGs Intensive Brightening Serum

4) Berapa lamakah untuk mendapatkan kesan dari penggunaan produk DERMAGs ini?

Lazimnya selepas penggunaan selama 1-3 bulan, tetapi ada customer yang sudah dapat melihat hasil perubahan seawal 7 hari


5) Adakah produk DERMAGs sesuai digunakan oleh wanita hamil?

Wanita hamil boleh menggunakan produk DERMAGs ini. Ia tidak memberi sebarang kesan pada kandungan.


6) Berapa lamakah jangka waktu produk boleh bertahan?

Bagi Trial Set, tempoh penggunaan adalah sebulan (kecuali cleanser yg bertahan dalam 2 minggu sahaja). Bagi Normal Set, tempoh penggunaan adalah 2-3 bulan. Bagi item kosmetik - BB Cushion, tempoh penggunaan adalah 2-3 bulan.


7) Berapakah SPF bagi produk DERMAGs ini?

DerMAGs Intensive Refining Cream → SPF30
DerMAGs BB Cushion → SPF50 PA+++


8) Adakah produk DERMAGs ini mengandungi bahan kimia?

Produk DerMAGs → Cleanser, Softener dan Serum adalah daripada bahan semulajadi/natural manakala Cream dan BB Cushion bukan natural kerana mengandungi bahan SPF untuk perlindungan terhadap UV


9) Adakah produk DERMAGs mengandungi paraben?

Produk DERMAGs tidak mengandungi bahan paraben.


10) Adakah produk DERMAGs sesuai digunakan oleh pengguna kulit sensitif?

Produk DERMAGs boleh digunakan pengguna yang mempunyai kulit sensitif. Bergantung pada kesesuaian produk dengan kulit muka tersebut. Terdapat pengguna yang mempunyai kulit sensitif sesuai menggunakan produk ini.


11) Bolehkah penggunaan produk DERMAGs ini bercampur dengan jenis produk yang lain?

Produk DERMAGs boleh digunakan sekali bersama jenis produk yang lain jika produk tersebut juga adalah semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia. Jika produk tersebut mengandungi bahan kimia, adalah tidak disarankan digunakan sekali bersama produk DERMAGs.
* Tidak mencampurkan produk adalah lebih baik untuk melihat keberkesanannya secara total.


12) Sekiranya customer menggunakan produk kecantikan mengandungi bahan kimia dan ingin bertukar kepada produk semulajadi seperti DerMAGs, adakah boleh terus menggunakannya?

Sebaiknya, rehatkan dulu kulit wajah selama sebulan tanpa sebarang penggunaan produk kecantikan, dan kemudian baru boleh mulakan menggunakan produk DerMAGs.


13) Adakah produk DERMAGs ini sesuai digunakan oleh pengguna lelaki?
 
Ya, lelaki juga boleh menggunakan DerMAGs.


14) Berapakah umur pengguna yang sesuai menggunakan produk DERMAGs ini?

Target utama adalah 25 tahun dan ke atas. Walau bagaimana pun, sekiranya remaja yang kurang dari 25 tahun dan mempunyai kulit jenis berminyak/jerawat tebal ingin mencuba produk ini, disarankan untuk mencuba Set DerMAGs tanpa refining cream.


15) Bagaimana produk DerMAGs boleh meningkatkan keyakinan kepada pengguna untuk mencuba buat kali pertama?

Untuk makluman, produk DerMAGs adalah produk premium yang telah pun diuji secara saintifik dan telah terbukti tinggi keberkesanan dalam membantu membaiki tekstur kulit dengan cara membantu menggalakkan penghasilan kolagen, membantu melembap kulit kering, membantu mengurangkan Trans-Epidermal Water Loss (TEWL), membantu mencerahkan kulit dan lain-lain lagi.
Oleh sebab DerMAGs adalah produk semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia yg merbahaya ianya tidak menyebabkan iritasi pada kulit selain hypoallergenic (tidak menyebabkan reaksi allergi).

Selain daripada itu, cleanser, softener dan serum bersifat non-comedogenic (tidak akan menyebabkan liang pori terhalang/blockage selepas penggunaan). Selain daripada itu, kajian yang telah dijalankan dengan kerjasama salah sebuah universiti di Korea Selatan ini juga telah mendapat pelbagai pengiktirafan emas dan perak di dalam dan luar negara. Ramai testimoni yang telah merasai sendiri perubahan positif setelah menggunakan Dermags selama 1-3 bulan


16) Adakah Dermags BB Cushion dihasilkan di Malaysia?

BB Cushion Dermags dihasilkan di makmal dan produksi IOPE di Korea dan tidak dikilangkan di Malaysia. Jika di tukar stiker, harga pasaran ialah RM199.00


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...