Saturday 10 November 2018

Dermags Merangkul Anugerah MCY (Malaysian Commercialization Year) 2018 Anugerah Penyelidikan dan Perkongsian Perniagaan.







Tahniah Dr. Mariani Abdul Hamid dan Dr. Wan Rosli di atas kejayaan Dermags memenangi Anugerah MCY (Malaysian Commercialization Year) 2018 Anugerah Penyelidikan dan Perkongsian Perniagaan.
.
Anugerah disampaikan oleh YB Menteri Puan Yeo Bee Yin, di Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Majlis berlangsung di Pavilion MYC, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) 18 October 2018.
Anugerah ini diterima sendiri oleh Dr Mariani Abdul Hamid, Ketua Penyelidik Kosmeseutikal dan Wangian Institut Pembangunan Bioproduk Universiti Teknologi Malaysia (IBD UTM) dan selaku Founder DERMAGs.
.
Anugerah MYC ini adalah acara tahunan untuk menggalakkan para pencetus inovasi untuk terus menghasilkan teknologi atau produk yang akan dikomersialkan agar dapat terus memacu ekonomi negara.
.
Penyertaan adalah dari agensi dan organisasi yang terlibat dalam bidang R&D dan perkembangan teknologi.
.
Semoga dgn pengiktirafan ini Dermags akan terus melangkah maju ke depan dan terus berinovasi dlm menghasilkan produk bermutu yg dapat membantu dan diterima ramai.
.
Tahniah untuk semua team Dermags dan pengguna Dermags 😍😍😍🎖️🏆



#throwback

Saturday 6 October 2018

Kulit Gelap, Kulit Kusam dan Pigmentasi





Soalan : Selain melanin, ada faktor lain ke kulit jadi gelap?

Jawapan:

Byk faktor2 lain jgk. Kulit gelap, kulit kusam dan pigmentasi adalah 3 perkara yg berbeza. Kulit gelap bermaksud tinggi kandungan eumelanin berbanding pheumelanin. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh hormon, ubat2an, faktor pemakanan, persekitaran etc.

Kulit kusam pulak biasanya tidak ada kaitan dgn kandungan melanin dlm kulit tetapi lebih kpd kulit yg tidak bermaya/tidak sihat/kurang seri. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh hormon, emosi, kemurungan, tekanan, sakit, perubatan etc.

Pigmentasi pulak biasanya disebabkan oleh faktor uv, haba panas, hormon etc.. pigmentasi disebabkan oleh kandungan melanin yg tidak sekata di hasilkn secara berlebihan kerana faktor2 tadi tu.. kesimpulannya melanin mmg memainkn peranan dlm menggelapkan kulit tetapi ciri2 kegelapan kulit bergantung kpd faktor2 yg berbeza2.


Thursday 13 September 2018

Perfume Dermags



Wangian Dermags diekstrak daripada pati minyak asli yang memberi keharuman berpanjangan selama 8 jam. Terdapat 3 jenis bau wangian yang berbeza. Antaranya Dermags Secret Rose (inspired by Forbidden Rose), Dermags Lavish (inspired by Bombshell), Dermags Vibrant (inspired by 1 Million). Diekstrak daripada pelbagai jenis tumbuhan yang memberi haruman asli, segar dan menenangkan.

***Wangian Dermags sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dan mesra wudhuk***


Dermags Secret Rose- for her

Ekstrak minyak pati daripada buah-buahan dan bunga menjadi bahan utama minyak wangi Secret Rose.

Antaranya adalah seperti Epal Merah, Pic, Bunga Teratai dan Vanila.

Bahan-bahan ini diekstrak bg mendapatkan minyak pati yang lazimnya memberi keharuman yang sangat kuat dan menenangkan. Sesuai digunakan sepanjang hari semasa di pejabat dan semasa melakukan aktiviti lasak.

Dermags Lavish - for her

Ekstrak minyak pati daripada buah-buahan dan bunga menjadi bahan utama minyak wangi Dermags Lavish.

Antaranya seperti buah-buahan Orange, Strawberry dan Nenas. Ekstrak ini menghasilkan minyak pati yang lazimnya memberi keharuman yang sangat kuat dan menenangkan.

Terdapat juga campuran minyak pati bunga Camellia dan Jasmine yang menaikkan keharuman wangian Lavish sesuai digunakan bagi golongan muda.



Dermags Vibrant - for him

Mengandungi ekstrak minyak pati daripada gabungan rempah ratus, sitrus dan kayu manis yang memberi haruman kesegaran yang menghangatkan.

Amat sesuai untuk jejaka bekerjaya dan mementingkan ketrampilan.

==========================================================================

"Saya nak cuba perfume Dermags, tapi baunya menepati citarasa saya ke?" 


Kita sama! Kalau nak beli perfume, mesti nak test bau dulu kan? Lebih puas hati.. Kalau dah beli tapi tak menepati citarasa, kan membazir namanya..


DAPATKAN SAMPEL WANGIAN DERMAGS SEKARANG!! 

Kita ada sampel Dermags PERCUMA utk anda. Special utk anda yg masih tercari-cari perfume yg...

✔️boleh buat diri rasa lebih yakin, rasa hensem /gojes drpd biasa,
✔️baunya tahan lebih 8 jam,
✔️dapat selesakan hidung orang2 yg ada berhampiran kita


4 ml


MACAM MANA NAK DAPATKAN SAMPEL NI?

Ikut langkah di bawah:

1. Sila isi sekarang borang yg disediakan di link di bawah bagi tujuan pengeposan.


2. Buat pilihan wangian:

(A)  Sampel Dermags Vibrant/Lavish/Secret Rose yg disembur pd kertas tebal 185gsm, kita hantar melalui pos biasa (PERCUMA);  

atau

(B)  Sampel Dermags Vibrant/Secret Rose/Lavish dlm botol 4ml, Kita hantar melalui poslaju (RM12/pcs + Poslaju RM10).  - out of stock - (update : 18/12/2018)


atau
(jika nak dapatkan saiz sebenar)

(C)  Dermags Vibrant/Secret Rose/Lavish dlm botol 30ml, kita hantar melalui poslaju (RM69.90/botol + Poslaju RM10).


3. Buat bayaran (jika berkenaan).

4. Terima sampel dlm tempoh 2-14 hari bergantung kepd kaedah pengeposan.



Monday 10 September 2018

Bagaimana Alpha Mags Bertindak Untuk Mencerahkan Kulit




Alpha Mags bertindak untuk membantu mengurangkan fungsi tyrosinase, bukannya mengurangkan melanocytes sel. Bila tyrosinase rendah, penghasilan melanin juga akan berkurang. Melanin ini dihasilkan drp melanocytes sel melalui proses melanogenesis. Tyrosinase ni adalah enzyme yg menggalakkan lagi proses melanogenesis. Bila tyrosinase enzyme ni kurang, proses melanogenesis jd slow dan melanin pigment berkurang.

Warna kulit ditentukan oleh jumlah melanin di dalam kulit dan nisbah antara eumelanin (melanin gelap) & pheumelanin (melanin cerah). Jika kandungan melanin kurang/lebih byk pheumelanin, kulit akan lebih cerah. Melanin tetap ada di dlm kulit untuk memberi perlindungan terhadap sinar UV. Fungsi melanin ini melindungi DNA sel kulit drp musnah akibat sinar UV. Tapi jika terlalu byk & berlebihan, masalah esthetic pulak yg wujud. Jadi keperluan melanin perlulah secukupnya shj untuk melindungi kulit dan tidak berlebihan.

Hal ini berbeza dgn bahan2 kimia lain yg digunakan di dlm produk kosmetik spt merkuri, hydroquinone etc yg mana bersifat toxic terhadap sel2 kulit. Bahan2 ini akan memusnahkan melanocytes sel seterusnya merencatkan penghasilan melanin secara total. Keadaan ini akn menyebabkan melanin tidak terhasil dan tiada perlindungan terhadap sel kulit. Sebab itu jika kita tengok kulit orang yg terdedah dgn pemakaian produk yg mengandungi bhn2 ini mukanya akn jd putih pucat dan tidak tahan panas matahari. Keadaan inilah yg akan meningkatkan risiko cancer kulit.

Tuesday 7 August 2018

Program Referral - Diskaun dan Komisyen 5%



Dapatkan kad referral daripada ejen-ejen Dermags yang mengambil bahagian.
Kad referral boleh didapati secara soft copy dan hard copy.

Bagaimana kad referral ini berfungsi?

Pertama, setiap customer layak untuk mendapat incentive/discount sebanyak 5% sekali seumur hidup sepanjang menjadi customer Dermags.  Customer bebas untuk menggunakan incentive ini bila-bila masa yg disukai tetapi hanya sekali sahaja.  Boleh guna ketika pertama kali pembelian atau pon  boleh simpan untuk digunakan ketika pembelian dalam jumlah yang besar (di mana lebih menguntungkan customer).

Customer akan diberikan kad referral ini di mana di bahagian hadapan kad tersebut tertera nama ejen yang mereka berurusan. Di belakang kad pula terdapat ruangan 'referer's name'.  Isikan nama anda (customer) dalam ruangan berkenaan.

Apabila terdapat kenalan atau saudara yang berminat untuk membeli dermags, minta kenalan atau saudara tersebut untuk tunjukkan kad ini kepada ejen yang berkenaan. Dengan ini, ejen akan mengetahui bahawa kenalan dan saudara itu adalah customer yang disyorkan oleh anda (customer pertama).

Customer pertama yang mengesyorkan customer baru (saudara atau kenalan tadi) layak untuk mendapat 5% komisyen dari ejen berkenaan. Lagi ramai customer yang disyorkan, lagi banyaklah komisyen yang diperolehi.


Wednesday 4 July 2018

Consultancy by Dr. Mariani - Bolehkan Kulit Manggis Dijadikan Masker?


Soalan :

Salam Dr, ada satu soalan menarik dari prospek. Since kulit manggis ni bagus, boleh ke kalau saya jemur, kisar dan buat masker dengan kulit manggis ni?

Jawapan :

Wslm, dalam produk Dermags kita sebenarnya menggunakan alpha mangostin (salah satu phytochemical compound) dan tidak menggunakan kulit manggis secara terus.

Alpha mangostin ini di tulenkan melalui beberapa proses :

1. Extraction of mangosteen pericarp to get whole mangosteen extract (using supercritical fluid extractor & CO2 gas)
2. Isolation of alpha-mangostin from mangosteen whole extract.
3. Purification of alpha mangostin by using column chromatography to achieve 98% purity & above.

Keberkesanan alpha mangostin dlm kosmetik seterusnya diuji secara invitro & invivo. Ujian safety & efficacy turut dijalankan.

Pengguna dinasihatkan supaya tidak menggunakan kulit manggis secara terus kerana kandungan alpha mangostin hanya diperolehi melalui proses pengekstrakan berteknologi tinggi.

Tuesday 26 June 2018

Cara Mula Guna Dermags






Anda pengguna baru Dermags? Baru pertama kali nak guna Dermags?

Jika anda membeli Dermags melalui stokis dan dropship yang berdaftar, anda sudah pasti telah diberikan konsultasi oleh mereka.

Bagaimana pula jika anda membeli daripada web? Anda boleh menghubungi mana-mana consultant (stokis dan dropship) untuk mendapatkan konsultasi.  Semua stokis dan dropship Dermags telah mendapat bimbingan dari Dr. Mariani sendiri iaitu pengasas Dermags yang juga pencipta produk Dermags ini.

Untuk permulaan menggunakan skincare Dermags, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah membebaskan kulit wajah anda dari sebarang penggunaan skincare.  Ini dipanggil tempoh bertenang. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempoh bertenang ini dan mengapa kita perlu melaluinya, anda boleh klik link ini -->  Tempoh Bertenang

Sepanjang tempoh tersebut anda tidak dibenarkan menggunakan apa-apa produk.  Namun sekiranya anda merasa sangat tidak selesa dengan tidak membersih muka, anda boleh menggunakan dahulu cleanser Dermags.  Setelah melalui tempoh bertenang dengana hanya menggunakan cleanser selama 1-2 mingu atau 1-2 bulan (bergantung kepada kondisi kulit dan sejarah skincare anda), barulah anda boleh meneruskan dengan item lain satu persatu.

Sepanjang penggunaan cleanser, anda dikendaki melihat sebarang reaction yang timbul.  Sekiranya kulit anda bertambah kering atau menggelupas, anda dikehendaki untuk menggunakan moisturiser.  Moisturiser bertindak mengekalkan kelembapan dan paling penting ia berfungsi memperbaiki skin barrier kita.  Moisturiser membantu masalah kulit kering dengan mengembalikan semula kehilangan lipid sewaktu cleansing proses dengan membekalkan semula kelembapan maksima melalui bahan-bahan yang mampu meningkatkan semula kandungan lipid yg hilang.

Untuk kulit yang menggelupas setelah hanya menggunakan cleanser sahaja, anda hendaklah menghentikan penggunaan cleanser tersebut.  Ini berkemungkinan kulit anda telah menipis atau menjadi sensitif kesan sejarah penggunaan skincare terdahulu.  Sila stop cleanser dan rawat dengan moisturiser.  Sebab lain juga, mungkin kulit anda tidak sesuai dengan cleanser dalam bentuk foam. Dermags cleanser adalah dalam bentuk foam.  Anda boleh menukar kepada cleanser jenis milk. Ingat! Rawat kulit anda dengan moisturiser. Anda juga boleh menyapu madu pada kulit.

Friday 1 June 2018

Perfume Dermags for HER and HIM


Vibrant (Inspired by One Million) for HIM
Harga RM 69.90
Isipadu 30 ml

.
.
Secret Rose (Inspired by Forbidden Rose) for HER

Harga RM 69.90
Isipadu 30 ml
.
.
Lavish (Inspired by Bombshell)

Harga RM 69.90
Isipadu 30 ml

Thursday 31 May 2018

Perfume Dermags

DERMAGS PERFUME
==================
.
#PerfumeDermags Didatangkan dengan 2 wangian istimewa FOR HER
.
.
Secret Rose (Inspired by Forbidden Rose)

.
Ekstrak pati bunga mawar yang memberi keharuman yang sangat lembut dan berpanjangan. Sesuai digunakan sepanjang hari semasa di pejabat dan semasa melakukan aktiviti lasak.
.
.

Lavish (Inspired by Bombshell)

.

.
Ekstrak minyak pati daripada buah-buahan dan bunga menjadi bahan utama minyak wangi Bombshell.
.
Buah buahan seperti Orange, Strawberry dan Nanas diekstrak bagi mendapatkan minyak pati yang lazimnya memberi keharuman yang sangat kuat dan menenangkan.
.
Terdapat juga campuran minyak pati bunga Camellia dan Jasmine menaikkan keharuman wangian Bombshell sesuai digunakan bagi golongan muda. 

.
.
Harga RM 69.90 (30 ml)


Tuesday 15 May 2018

NEW! Lipstik - Lovely Fantasy 07 Mengikut PH Kulit




Terbaru dari Dermags!
.
Lipstik yang warnanya berubah mengikut PH kulit.
.
PH yang rendah, warna akan menjadi terang.
PH yang tinggi, warna akan menjadi makin gelap/merah.


Saturday 14 April 2018

Dermags Testimoni - Jerawat, Jeragat, Parut

 Sebelum

Selepas


Kak Noni memiliki kulit kombinasi iaitu sekejap berminyak dan sekejap kering.
Kulit Kak Noni juga ada jerawat dan jeragat yang tebal.  Dalam tempoh bertenang banyak keluar jerawat halus iaitu proses pengeluaran impurities. Ia memakan masa yang lama juga iaitu lebih kurang dalam tempoh 6 bulan.
.
Berkat kesabaran Kak Noni, dengan melakukan teknik double cleansing yang betul dan penggunaan serum, kini tiada jerawat (kecuali jerawat hormon) dan jeragat juga pudar. Malah parut pon pudar dengan penggunaan scar serum*.
.
* Scar serum masih belum berada di pasaran tetapi telah diedarkan sample untuk percubaan agen dan customer yang ingin mencuba.


Thursday 12 April 2018

Review Product - Dermags BB Cushion



Dermags bb cushion merupakan liquid foundation dalam cushion. Cairan bedak asas ini berada di dalam span/kusyen dan memudahkan ia dipindahkan kepada span sapuan bewarna biru.


Span/kusyen yang mengandungi liquid foundation ini berada di dalam bekas kompak yang kedap udara menjadikan kurang risiko pembiakan kuman.




Manakala, span sapuan khas bewarna biru ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi "rubycell", menjadikan ia "antimicrobial" dan "antibacterial". Ianya juga menjadikan 100% serapan cairan BB dapat dipindahkan ke permukaan kulit wajah sewaktu digunakan.
.
💗Pengalaman Menggunakan BB Cushion💗


Secara jujurnya memang best sangat-sangat pakai BB Cushion Dermags ni.  Tekstur dia ringan je macam sedar tak sedar yang kita tengah sapu foundation kat muka. Rasa macam sapu bedak je.  Tapi effect nya berseri-seri kulit jadi glowing, natural dan tak nampak macam bertempek atau bercapuk. Elok je sekata.  Sangat sesuai bagi orang yang tidak mahu kelihatan beriya sangat make-up tapi dalam masa yang sama nampak berseri semulajadi.
.
Nak bersiap pon cepat jer. Cuma dap dap secara nipis sahaja dah selesai. Sesuai bagi sesiapa yang nak cepat. Tak perlu guna bedak lagi. Tapi kalau suka boleh sahaja nak alaskan dengan bedak. Bila nak solat, ambik facial wipes dan bersihkan sahaja ke seluruh muka sehingga hilang kesannya dan dah boleh ambik wudhuk. Mudah sahaja.
.
Paling penting Dermags BB Cushion ni mengandungi SPF50 yang melindungi dari uvb dan pa+++ yang melindungi dari uva.
.
#dermags
#dermagskulai
#dermagswithlove
#bbcushion
#foundation
#liquidfoundation

Tuesday 3 April 2018

Travel / Trial Set Untuk Kulit Normal - Berminyak - Kering

Terkini Travel / Trial Set didatangkan dengan dua set berbeza untuk jenis kulit yang berbeza iaitu   

●  Set Normal To Oily Skin (RM 152.90)
●  Set Normal To Dry Skin (RM 165.90)


Travel / Trial Set Normal To Oily Skin mengandungi :
- Cleanser
- Softener / Toner
- Serum
- Refining Cream


Travel / Trial Set Normal To Dry Skin mengandungi :
 - Cleanser
- Serum
- Moisturiser
- Refining Cream

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...