Sunday 12 November 2017

Review Product


 Trial pack kini telah digantikan dengan travel pack yg lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana

Jujur saya katakan selama ini saya tidak pernah kisah tentang penjagaan kulit wajah. Tapi setelah mengenali Dermags, persepsi saya mula berubah. Saya pernah ada pengalaman kulit menjadi gatal-gatal akibat terdedah terlalu lama pada sinar UV tanpa protection yang sepatutnya. Waktu itu saya berada di luar Malaysia. Azabnya hanya Allah sahaja yang tahu. Sampai pedih-pedih dan luka-luka akibat menggaru. Itu adalah kerana kesilapan sendiri yang tidak memahami keperluan perlindungan pada kulit dan cara yang betul menggunakannya.
.
Kenapa saya memilih Dermags? Sebab yang paling utama adalah kerana saya merasa yakin dengan produk ini sendiri. Ia adalah produk yang hebat. Mungkin akan ada yang berkata, saya ni ‘keluarga UTM’ mestilah sokong produk UTM. Itu tidak saya nafikan tapi yang lebih utamanya adalah kualiti produk itu sendiri yang menarik minat saya. Bila saya baca bagaimana permulaan perjalanan produk ini, ia membuat saya teruja. Dermags adalah merupakan projek PhD Dr. Mariani. Beliau mendapat biasiswa penuh daripada Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Dongguk. Diselia pula oleh pakar kosmetik di Korea iaitu Professor Park Chan Cheo. Wah, bukan calang-calang yer. Dan Dr. Mariani telah berjaya sekali gus ‘melahirkan’ Dermags.
.
Saya teringat ucapan Dr. Mariani yang beliau telah membawa berbelas sample untuk kajian beliau ini ke Korea. Dan salah satunya adalah dari kulit manggis. Di sinilah terbongkarnya kehebatan Alpha Mangosteen (ekstrak kulit manggis). Ia lebih berkesan 200% berbanding agen pencerah lain seperti arbutin (bearberry) dan kojic acid (cendawan). Menggunakan pula teknologi nano iaitu teknologi yang sangat halus menjadikan ia bahan penyerapan dan ejen penambahbaikan kulit yg terbaik.
.
Set rangkaian penjagaan kulit Dermags adalah terdiri daripada:
Dermags Intensive Brightening Cleanser (RM 59)
Dermags Intensive Brightening Softener (RM59)
Dermags Intensive Brightening Serum (RM 159)
Dermgas Intensive Refining Cream (RM 79)
Dermags Intensive Hydrating Moisturiser (RM 59)
Dermags BB Cushion SPF50 PA+++ (RM 109)
.
Kalau dilihat pada harganya mungkin bagi sesetengah orang akan berkata mahal, tetapi sebenarnya penggunaannya boleh bertahan selama 2 atau 3 bulan. Jadi, ia sebenarnya tidaklah semahal mana berbanding produk premium lain di pasaran.
...
Pengalaman pertama menggunakan Trial Set Dermags

Cleanser.
Kulit terasa licin dan sangat bersih. Rasa lembut dan fresh. Hilang segala minyak di wajah dan tiada lagi rasa melekit. Bau juga sangat menyenangkan.
.
Softener.
Ini yang paling saya suka. Dengan hanya menggunakan jari-jari dan menyapu sekitar wajah, kulit terasa sejuk, nyaman dan segar. Ia seperti satu senyuman pada wajah.
.
Serum.
Serum Dermags adalah item yang paling istimewa sekali. Ia ibarat ‘makanan’ tambahan bagi kulit. Kalau sapu pada jerawat, ia akan beransur kecut. Begitu juga dengan blackhead, sekiranya digunakan secara konsisten, ia lama kelamaan akan pudar dan menghilang. Baunya juga sungguh menyenangkan sehinggakan anak kecil saya pun menyukainya. Ini kerana produk Dermags menggunakan wangian dari essential oil, ia natural based campuran dari bunga-bunga terpilih.
.
Refining Cream
Saya suka dengan cream ini. Ia hanya digunakan pada waktu siang sahaja. Mengandungi SPF 30 untuk perlindungan dari UV. Krim ini ringan dan tidak melekit. Mudah disapu dan tidak kesat serta mudah diratakan. Sejurus dipakai kulit kelihatan cerah dan gebu.
.
Anda boleh juga menggunakan moisturiser sekiranya menghadapi masalah kulit kering dan untuk menambahkan kelembapan pd kulit wajah.
.
Untuk perlindungan maksima dari sinar UVA dan UVB, anda boleh menggunakan BB Cushion SPF50 PA+++. Ia bukan sahaja untuk mencerahkan wajah dan anti penuaan tetapi juga bersifat melindung dan merawat kulit wajah. Anti penuaan ini bukanlah bermakna anda menentang fitrah dari menjadi tua tetapi ia membantu mengelakkan anda dari menjadi tua sebelum waktunya. Atau dalam bahasa mudahnya elak nampak lebih tua dari usia sebenar!
.
Kekuatan Produk Dermags
.
√ Lulus KKM
√ Anti Penuaan
√ Kesan Pencerahan
√ Kesan pelembapan
√ Bahan-bahan semulajadi
√ Penggunaan Teknologi Nano
√ Bebas alkohol
√ Ujian In-vitro
√ Bebas dari paraben dan minyak mineral
√ Halal - Bebas dari placenta haiwan
√ Isi kandungan (bahan-bahan) yang tidak mencemarkan alam
√ Pengiktirafan antarabangsa dan tempatan
√ Sokongan kerajaan dengan pemberian geran bernilai jutaan ringgit
√ Telah dipatenkan
.
Ketahuilah pengguna Dermags kini ramai dari kalangan professional. Ada Dr. Dan Professor, professional pengurusan dan sebagainya. Mereka yakin dengan Dermags kerana ia selamat dan satu-satunya di dunia menggunakan Alpha Mangosteen!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...